27 September 2010

wajah baru

masih dalam proses penyelenggaraan..

26 September 2010

Antara Tuhan & Superman

Merenung bulan dan menyanyi2 didalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah dengan Abang Adib & Faqeh.

"Allah ciptakan bulan..
Allah ciptakan bintang..
Allah ciptakan matahari..
Allah ciptakan manusia.."

Lagu yg aku ciptakan lirik & melodinya secara tersendiri dengan apa yg terlintas difikiran. Sepontan.

"umi.Bulan tu ikut kita la...bulan tu mcm bola". Kata abang Adib sambil menuding jari kearah bulan.

"hmm...bulan tu Allah yg buat.bola, org yg buat. orang tak boleh cipta bulan. org boleh cipta bola ja". aku cuba menjelaskan secara ringkas agar mudah untuk adib fahami.betul la kot cara penjelasan aku nih..

"boleh la umi..org blh buat bulan la.."

"ai..org mna boleh buat bulan, tgk bulan tu. tergantung xda tali. org mana boleh buat macam tu. Tuhan ja yg boleh. Lgpun bulan tu jaaaauh sangat. susah nk sampai kat bulan".

"boleh la umi...Superman kan boleh terbang. nnti dia boleh terbang sampai langit. Dia boleh pi buat bulan". Abi hanya tersengeh mengerling kearah kami. Agaknya pendekatan yg aku buat kurang praktikal untuk kanak2 seusia Adib. Hadoi...Susah nk terangkan ni..

hmm....payah jugak nk fahamkan budak2 yang tengah membesar dan semangat inkuiri yang tinggi. Kalau silap penjelasan, boleh keliru anak2 jadinya.

22 Julai 2010

~ DeMaM FaCeeBooK ~

dah lama rasanya tak menulis kat blog nih.dh stgh tahun berlalu.suma ni gara2 di landa demam facebook. sblom ni ramai yg invite tuk join fb.buat deerk ja...maleh la...

kata kawan yg per1:
"lama xjumpa kak.akak ada fb tak? nnti sy invite.ltk fmly pictures.nk gak tgk ank2 kak yg comel tu"
hmmm.....xlah begitu berminat.dlm pada itu, aku join gak la benda alah tu.just join ja.tp xtau menatang hape pun...

kata kawan ke 2:
"filla,dh ada fb noh.awt letak picture ank ja? picture hg,laki hg, xdak ka?"
masa tu, ada gambar ank ja sebagai picture profile.masih lg kurang berminat dgn fb.

kawan yg ke 3:
"cik,aku jumpa ramai member sekolah lama.hg pi kat fb aku.ramai dh aku jumpa kwn2 kita dulu"
ok.aku try..serabut nengok fb tu.banyak sgt la function.xtau nk guna.aku tinggalkan fb camtu ja..

dari hari ke hari....
bermula dgn kawan ke 3 itulah, virus itu cuba menguasai diri. kian parah bila sorang demi seorang kawan lama berjaya dijejaki. perasaan untuk terus menjejaki membuak2.kadangkala menimbulkan rasa geram apabila ada yg cuba bermain teka-teki untuk memperkenalkan diri.

saban hari...
begitu gembira berjumpa teman lama di fb setelah sekian lama terputus hubungan.brtukar2 cerita yg sudah lama tersimpan untuk berkongsi bersama. bukan sekadar kawan lama, teman satu tempat kerja pun mahu bercerita di fb.(mcm la dh xboleh nk sembang face to face..hahaha....)kadangkala terleka melayan fb.

suatu hari...
terdetik dihati.terlintas difikiran.fb bukan sekadar untuk mengumpul kawan, aku patut manfaatkan fb ni sebaiknya.terciptalah satu kumpulan yg diberi nama Keturunan Lebai Ismail:KLIQ(akulah adminnyer..).lagi bagus dpt kumpul sanak saudara. dapat eratkan lagi silaturrahim. sekarang KLIQ baru dpt mengumpul 50 ahli. Insyaallah.. aku akn cuba jejaki lg semua keturunan Lebai Ismail.

27 Januari 2010

04 Januari 2010

SeLaMaT TaHuN BaRu 2010

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.Selamat tinggal 2009...selamat datang 2010.Semakin bertambah usia kita, semakin berkurang tempoh hayat kita. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang dari yg Maha Esa untuk melihat dunia, memperbaiki segala kekurangan dan memgukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan.
Pelbagai kisah suka dan duka dilalui. Terlalu banyak peristiwa berlaku di tahun 2009.Ada ketawa, ada menagis, dan ada juga bermuram durja.....hehehe...
Antara peristiwa yg tidak dapat aku lupakan.....


01.03.2009 ~ aku telah menjadi salah seorang daripada warga SMK Jerai~



16.09.2009 ~gugur.kandungan berusia 3 bulan ~



16-19.09.2009 ~ terpaksa tinggal di wad Hospital Sg. Petani untuk DNC ~



6-16.10.2009 ~ Terpaksa meninggalkan keluarga selama 11 hari kerana menghadiri kursus induksi di Hotel Chandek Kura Langkawi ~



30.12.2009 ~ Melawat zoo Taiping dan mandi air terjun di Bukit Larut ~