dah lama rasanya tak menulis kat blog nih.dh stgh tahun berlalu.suma ni gara2 di landa demam facebook. sblom ni ramai yg invite tuk join fb.buat deerk ja...maleh la...
kata kawan yg per1:
"lama xjumpa kak.akak ada fb tak? nnti sy invite.ltk fmly pictures.nk gak tgk ank2 kak yg comel tu"
hmmm.....xlah begitu berminat.dlm pada itu, aku join gak la benda alah tu.just join ja.tp xtau menatang hape pun...
kata kawan ke 2:
"filla,dh ada fb noh.awt letak picture ank ja? picture hg,laki hg, xdak ka?"
masa tu, ada gambar ank ja sebagai picture profile.masih lg kurang berminat dgn fb.
kawan yg ke 3:
"cik,aku jumpa ramai member sekolah lama.hg pi kat fb aku.ramai dh aku jumpa kwn2 kita dulu"
ok.aku try..serabut nengok fb tu.banyak sgt la function.xtau nk guna.aku tinggalkan fb camtu ja..
dari hari ke hari....
bermula dgn kawan ke 3 itulah, virus itu cuba menguasai diri. kian parah bila sorang demi seorang kawan lama berjaya dijejaki. perasaan untuk terus menjejaki membuak2.kadangkala menimbulkan rasa geram apabila ada yg cuba bermain teka-teki untuk memperkenalkan diri.
saban hari...
begitu gembira berjumpa teman lama di fb setelah sekian lama terputus hubungan.brtukar2 cerita yg sudah lama tersimpan untuk berkongsi bersama. bukan sekadar kawan lama, teman satu tempat kerja pun mahu bercerita di fb.(mcm la dh xboleh nk sembang face to face..hahaha....)kadangkala terleka melayan fb.
suatu hari...
terdetik dihati.terlintas difikiran.fb bukan sekadar untuk mengumpul kawan, aku patut manfaatkan fb ni sebaiknya.terciptalah satu kumpulan yg diberi nama Keturunan Lebai Ismail:KLIQ(akulah adminnyer..).lagi bagus dpt kumpul sanak saudara. dapat eratkan lagi silaturrahim. sekarang KLIQ baru dpt mengumpul 50 ahli. Insyaallah.. aku akn cuba jejaki lg semua keturunan Lebai Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan